13 tahun terpisah, dua beradik kandung malu-malu saat dipertemukan semula

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata hubungan adik beradik ini ibarat air dicincang yang tak akan putus, walaupun terpisah jauh namun akan bersatu juga akhirnya.

Bertemu semula selepas 13 tahun.

Hal yang sama dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @nurizzzz12 apabila memuat naik momen dua beradik selepas 13 tahun terpisah.

Menurut @nurizzzz12, ini merupakan kali pertama si adik bertemu dengan abangnya selepas terpisah.

Difahamkan, dua beradik ini terpisah sejak adik dilahirkan yang mana si abang dijaga oleh ayahnya manakala si ibu menjaga adik perempuan.

Dalam video tersebut dapat dilihat momen dua beradik itu seakan malu-malu ketika dipertemukan semula dihadapan ahli keluarga.

Ibu ayah bercerai, baru jumpa ibu kandung

Berkongsi lebih lanjut dalam video yang lain, @nurizzzz12 memaklumkan dua beradik ini terpisah disebabkan ibu bapanya bercerai namun si ayah tidak membenarkan mereka bertemu.

Namun, disebabkan masing-masing sudah dewasa, waris keluarga berkenaan ingin menyatuhkan mereka agar saling berkenalan antara satu sama lain.

Lebih sebak lagi apabila pengguan TikTok berkenaan turut berkongsi momen dimana si abang bertemu kembali dengan ibu kandungnya selepas 13 tahun terpisah.

Nampak 'awkward' dua-dua

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut berkongsi akan kisah keluarga mereka yang terpisah. Selain berharap urusan dua beradik ini dipermudahkan.

Malah, ada juga yang berseloroh bahawa mereka terlihat seperti pasangan kekasih.

Moga urusan mereka dipermudahkan

Cari adik beradik kandung

Cuba bayangkan

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen