Isteri tersenyum baby dalam perut seronok main hujan, tapi suami pula risau nak redah

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila sudah sah menjadi pasangan suami isteri, setiap pasangan tentunya akan berjanji untuk sentiasa susah dan senang bersama. Malah, perkara itu akan sentiasa dipengang dan tidak dimungkiri janji masing-masing.

Baby seronok main hujan.

Hal yang sama dilalui oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @afiqraffali ini apabila berkongsi momen bersama isteri tercinta.

Menerusi video yang dimuat naik tersebut memaparkan isterinya yang sedang sarat hamil bertuduh sementara menunggu hujan berhenti.

Namun, riak gembira terpancar pada wajah isterinya yang menyatakan bahawa anak di dalam kandungan seronok dapat bermain hujan.

Bagaimanapun, @afiqraffali meluahkan rasa bimbang untuk meredah hujan dengan perut isterinya seperti itu.

Malah, dia yang sekarang berkerja di Singapura meluahkan hasrat untuk membeli kereta sekiranya sempadan negara masih belum dibuka sehingga 2030 nanti.

"Macam nilah best sebenarnya..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tumpang terharu melihat pasangan ini. Malah, mereka turut meninggalkan pelbagai nasihat agar lelaki berkenaan terus menghargai isterinya.

Terus hargai isteri bro

Perempuan kalau dah sayang

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen