Disangka peha ayam, lelaki terciduk terbeli kepala sebagai lauk

Oleh: Zuzu Yasmine

Memang tidak dinafikan lauk ayam sentiasa menjadi pilihan tidak kira ketika makan malam ataupun tengah hari. Malah, antara bahagian menjadi pilihan tentunya adalah peha yang sememangnya diminati kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Itulah yang terjadi pada seorang pemuda ini apabila membeli bahagian ayam kegemaraannya namun yang diperolehi pula sebaliknya.

Ingatkan peha ayam.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTiok dikenali sebagai @zakilfuada berkongsi momen saat dirinya tercengang menerima pesanan yang ditempahnya.

Di dalam video tersebut memaparkan seorang rakannya sedang begitu menikmati hidangan yang dibelinya.

Namun, gelagat seorang rakannya yang terkejut melihat lauk yang diterima adalah kepala ayam membuatnya seakan terputus selera melihat hidangan tersebut.

Malah, mereka juga sempat berseloroh bahawa rakannya terkena ‘scam’ selepas melihat lauk berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui bahawa sekali imbas lauk tersebut terlihat seperti peha ayam. Malah mereka juga mendakwa bahawa penjual berkenaan tidak mahu membazir membuatkan mereka turut menjual kepala ayam berkenaan.

Macam 'drumstick'

Tak nak membazir tu

Sembelih tak tu?

Tak halal tu

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen