“Bye-bye...” -Berjaya keluar dari krisis ekonomi lebih cepat, Indonesia perli Malaysia?

Oleh: Zuzu Yasmine

Umum tahu keadaan ekonomi negara ketika seakan tidak menantu selepas dilanda pandemik sejak beberapa tahun 2020 lagi.

Malah, keadaan peningkatan kes Covid-19 ketika ini membuatkan orang ramai meluahkan rasa bimbang sekiranya negara perlu berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun pelbagai jaminan yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk tidak mengambil langkah itu.

Negara jiran perli ekonomi Malaysia?

Susulan itu, sebuah media dari Indonesia seolah-olah memerli Malaysia apabila mengeluarkan satu laporan dengan tajuk ‘Bye-Bye Malaysia-Thailand, Ekonomi RI Pulih Duluan’.

Malah dalam laporan yang dikeluarkan oleh Detik itu juga menyatakan negara berkenaan telah menyertai Singapura, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan China yang sudah pulih sepenuhnya dari segi ekonomi.

Bahkan, media tersebut juga melaporkan bahawa ekonomi Indonesia kini sudah setanding dengan beberapa negara maju dan berada di paras pra-pandemi. Memetik kata-kata Ketua Badan Dasar Fiskal (BKF) Kementerian Kewangan Febrio Kacaribu, ekonomi Indonesia sudah 1.5% di atas pra-pandemi.

Dalam laporan berkenaan juga menyatakan kedudukan Indonesia sekarang berbanding sebelum wabak berada di kedudukan yang lebih baik berbanding negara jiran seperti Malaysia dan Thailand.

“Jika kita bandingkan dengan banyak negara, Indonesia agak baik berbanding banyak negara, contohnya Singapura sudah kembali ke keadaan pra-pandemi, manakala negara jiran kita Singapura, manakala Filipina, Malaysia, Thailand belum, masih rendah. daripada pra-pandemik,” katanya.

Memetik kenyataan laporan tersebut, “Bagi Febrio lagi, Indonesia telah membuktikan kepada negara-negara disekitar ASEAN bahawa Indonesia mampu keluar daripada krisis dengan lebih cepat. Dia menjelaskan bahawa buktinya dapat dilihat bagaimana kadar kemiskinan yang berjaya turun semula kepada satu digit iaitu daripada 10.2% kepada 9.7%, walaupun masih belum mencapai kadar kemiskinan yang dicapai sebelum pandemik iaitu 9.2%.”

“Tahap ketidaksamaan telah kembali kepada lebih kurang sama seperti sebelum pandemik, iaitu 0.381 pada 2021, manakala sebelum pandemi pada 2019 adalah 0.380. Jumlah penganggur juga telah menurun daripada 9.77 juta pada 2020 kepada 9.10 juta. Kadar pengangguran terbuka juga turun daripada 7.07% pada 2020 kepada 6.49% pada 2021.

“Bagi pelaburan pula, Indonesia melihat penurunan sebanyak 5% akibat ketidakyakinan pelabur pada 2020, tetapi berjaya bangkit semula pada 2021. “Pada 2021 kami melihat suku kedua yang sangat optimistik, di mana dunia perniagaan mengembangkan perniagaannya kira-kira 7.5% tahun ke tahun, tertunda sedikit pada suku ketiga, kemudian melantun dengan sangat kuat pada suku keempat. Ini kemudian membawa kami kepada 3 .8 % untuk keseluruhan 2021,” ujarnya.

Malah dalam laporan tersebut turut menyatakan bahawa Indonesia berjaya keluar daripada krisis pandemik COVID-19 dengan lebih cepat berbanding krisis sebelumnya. Contohnya krisis kewangan 1997-1998, ekonomi Indonesia hanya kembali ke tahap sebelum krisis, ia mengambil masa yang lama, iaitu kira-kira 3 hingga 4 tahun.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah laporan itu sememangnya ingin memerli atau sebaliknya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen