Bila berbuat baik sesama makhluk, burung tak terbang saat warga emas tiba bersama basikal

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika kita lihat burung-burung akan berterbangan apabila seseorang melalui kawasan mereka itu. Malah, haiwan ini juga biasanya agak sukar untuk dijinakkan.

Burung datang dekat pada warga emas.

Bagaimanapun, lain pula momen yang sempat dirakam oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @sofiaolivia_14 ini apabila melihat sekumpulan burung-burung datang menghampiri seorang warga emas.

Tidak pasti akan puncanya, burung-burung tersebut dilihat begitu jinak dengan warga emas berkenaan malah tidak terbang menjauh malah menghampiri.

Namun, tidak disangka rupa-rupanya warga emas tersebut membawa makanan untuk haiwan-haiwan berkenaan malah @sofiaolivia_14 juga berpendapat bahawa burung tersebut telah mengenali warga emas tersebut.

Sayu melihat keadaan itu, @sofiaolivia_14 mendoakan agar warga emas berkenaan diberikan kesihatan yang baik serta hidupnya sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak melihat keadaan berkenaan. Malah mereka turut mengakui bahawa berbuat baik tidak perlu hendak tunggu apabila sudah kaya.

Tak payah tunggu kaya nak sedekah

Moga dipermudahkan urusan pakcik ni

Burung pun kenal pakcik tu

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen