Bimbang tali beg terjuntai undang bahaya, suami isteri gigih kejar abang rider

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata malang itu memang tidak berbau, namun kadang kala kita mampu mengubahnya dengan lebih peka akan keadaan sekeliling. Mana tahu dengan kepekaan ini kita mampu menyelamatkan nyawa seseorang.

Itulah yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini apabila berkongsi momen kejar seorang abang rider yang berada di depannya ketika di persimpangan jalan.

Gigih kejar abang 'rider'.

Menerusi video yang dibuat naik oleh pengguna TikTok @cikatennazlan_ memaparkan dia bersama suaminya mengejar seorang abang ‘rider’ disebuah persimpangan lampu isyarat.

Difahamkan, dia terpaksa mengejar rider berkenaan selepas terlihat salah satu tali untuk mengikat beg penghantar makanan terjuntai dan bimbang perkara itu mengundang bahaya.

Berkali-kali memangil rider berkenaan, akhirnya dia berjaya membuat penunggang motorsikal itu berhenti dan membetulkan talinya.

Malah, dia juga menyatakan bahawa dia melakukan perkara tersebut disebabkan suaminya juga merupakan seorang penghantar makanan malah dia memahami akan kebimbangan sekiranya berlaku apa-apa tidak diingini terhadap insan tersayang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berterima kasih kepada @cikatennazlan_ kerana melakukan perkara tersebut. Malah, mereka turut memahami akan kebimbangan berkenaan.

Terima kasih awak

Terfikir perit suami cari rezeki

Moga dipermudahkan urusan

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen