Lagak 'gangster' di jalan raya, pemandu tunjuk gari sebelum memotong buat netizen 'membara'

Oleh: Shasha Zack

Tular di media sosial mengenai satu video 'buli' di jalan raya melibatkan sebuah kereta yang berniat untuk tunjuk 'gangster' ketika memotong.

Video yang hangat diperkatakan sejak semalam itu menaikkan kemarahan ramai yang tidak senang dengan cara 'ugutan' pemandu yang menggunakan gari sebelum memotong kenderaan lain.

Mula2 himpit sebelum tunjuk gari & memotong

Perkongsian dari Aaron Goh dalam group Facebook Dashcam Owner Malaysia menunjukkan sebuah kereta Proton Persona yang menghimpit pemilik dashcam sebelum menekan hon berulang kali dan memotong.

Apa yang membuatkan netizen tak puas hati adalah lagaknya yang mengeluarkan gari sambil memusing-musingkannya dilihat seperti cuba menakutkan dan menunjuk 'kuasa' kepada kenderaan lain.

 

 

"Dahla potong takde signal..."

"Huh macam ugut..."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen bengang dengan situasi yang berlaku dan menyarankan agar video ini dipanjang kepada pihak polis agar pemandu dikenakan tindakan selanjutnya.

Malahan, netizen juga merasa tindakan ini sangat tidak wajar dan tak sepatutnya 'mengugut' orang awam dengan cara sebegini.

"Report polis je..."

"Berlagak ada gari..."

"Ni rasanya bukan polis sebenar..."

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen