"Adab mana?!" - Ibu amuk, 'mak cik' selamba langgar kerusi anak, jalan 'menonong' tak minta maaf

Oleh: Shasha Zack

Kadangkala kita telah seboleh-bolehnya menjaga dan melindungi anak kesayangan, namun akibat kecuaian orang sekeliling, seorang kanak-kanak yang tidak bersalah hampir menjadi mangsa.

Begitulah yang dikongsikan oleh seorang ibu, yang meluap-luap kemarahannya apabila 'babychair' anak kesayangan dilanggar oleh seorang wanita, namun hanya berlalu pergi umpama tidak melakukan kesalahan.

"Susah ke nak mintak maaf?!.."

Menerusi perkongsian @dieranazwa di Tiktok, dia meluahkan rasa marah pada seorang wanita yang dipercayai agak berusia dengan selamba melanggar kerusi bayi anaknya sewaktu dia sedang menyuap bayi tersebut mkan.

Yakin bahawa 'mak cik' tersebut menyedari kelakuannya, wanita ini berang apabila 'mak cik' tersebut hanya berlalu pergi tanpa mengucapkan maaf memandangkan anaknya sedikit tersentak dan hampir jatuh akibat perlanggaran yang berlaku.

"Tak semua orang tahu apa itu adab."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen risau akan keselamatan kanak-kanak tersebut, takut-takut jika sudu besi tersebut boleh mencederakannya.

Malahan, ramai juga yang memberi pendapat bahawa era kini orang-orang yang kaya dengan adab agak sukar untuk dijumpai.

 

 

"Kalau i memang dah kena sound makcik tu..."

"Kalau tergigit sudu besi tu adoi..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen