Kes dua beradik maut makan sisa dari tong sampah, bapa lihat sendiri mulut anak berbuih

Oleh: Zuzu Yasmine

Dua beradik  warga Myanmar berusia dua dan empat tahun yang dipercayai maut selepas memakan sisa makanan dalam tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut, Langkawi.

Memetik laporan BH Online, mangsa dikenali sebagai Nizambudin, empat tahun, dan adiknya, Ngei Jamaludin, dua tahun, dilaporkan meninggal dunia berhampiran tempat kejadian pada jam 5.40 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 6.15 petang.

"Siasatan mendapati bapa kanak-kanak itu melihat kedua-duanya berada berhampiran tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang dan mulut berbuih sebelum membawa kedua-duanya ke rumah jiran berdekatan.

"Beberapa minit selepas itu, dua kanak-kanak itu dapati tidak bernafas sebelum penduduk kampung menghubungi pihak polis," katanya.

Beliau berkata, bapa kanak-kanak itu bekerja mengambil upah membaiki kelengkapan bot dan kerja kampung, selain mereka tiada kediaman tetap dan hanya menumpang di rumah jiran.

"Siasatan awal mendapati, kanak-kanak yang meninggal dunia ini dipercayai memakan sisa makanan diperoleh dalam tong sampah iaitu kawasan mereka ditemui.

"Pengesahan kematian dibuat oleh petugas perubatan dan kedua-dua mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk ujian COVID-19 dan bedah siasat," tambahnya.

Beliau berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen