Wedding of the year, pengantin buat majlis kahwin dalam 'mall' raih perhatian

Oleh: Shasha Zack

Majlis bersanding yang biasanya dilakukan di rumah pengantin atau dewan merupakan perkara biasa yang sering kita dengar. 

Namun berbeza kali ini apabila pengantin memutuskan untuk menjalankan majlis bersanding mereka di dalam pusat beli belah.

Sanding dalam mall, siap ada pengapit. 'Tetamu' pon ramai...

Perkongsian @aleyaaaa____ di Tiktok menarik perhatian ramai apabila majlis perkahwinan yang diadakan terkeluar dari norma masyarakat biasa.

Dalam video, kelihatan majlis tersebut tiada cacat cela dengan adanya pengapit malahan difahamkan turut diadakan perarakan dan kompang mengiringi pengantin. 

Dalam pada itu, suasana juga dilihat sangat 'meriah' dengan kedatangan 'tetamu' yang 'memenuhi dewan'.

"Baru nak masuk aeon, ada pengantin berarak. Siap ada kompang..."

Menjengah ke ruangan koen, rata-rata netizen teruja dengan pembaharuan yang dibawa oleh pasangan pengantin ini dengan majlis yang diadakan di dalam 'mall' tersebut.

Malahan, ramai yang berseloroh dari segi menjamu tetamu, mereka dapat menjimatkan bajet dengan menyuruh tetamu makan di 'food court' sahaja.

 

"Kahwin paling rare."

"Nak makan boleh pergi foodcourt..."

"Ni paling jimat, takyah jamu makan..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen