"Moment tak boleh lupa" - Kalut nak bergambar pagi raya, wanita tiba2 nak bersalin buat semua tergendala

Oleh: Shasha Zack

Bagi para ibu mengandung, pasti mereka tidak boleh melupakan momen ketika kandungan bakal dilahirkan, saat semua orang panik dan terkejar-kejar kerana cemas untuk menyambut kelahiran baby.

Itulah momen kelakar yang masih segar di ingatan seorang wanita, ketika detik cemas ingin melahirkan anak bertukar lawak pada pagi raya.

Daripada  nak shoot video raya, auto jadi video bersalin

Perkongsian @Eykayusof mencuri tumpuan ramai apabila dia memuat naik 'throwback' di pagi raya, ketika mereka sedang bersiap untuk mengambil gambar memori raya di pagi Aidilfitri.

Namun, ketika semua sedang menyusun kedudukan, tiba-tiba keluar tanda-tanda ingin melahirkan membuatkan wanita tersebut panik seterusnya keadaan bertukar cemas hingga menghentikan semua 'proses' merakam video.

"Baru nak buat video raya, sekali mak buyong nak beranak..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat kelam kabut masing-masing yang ada di dalam video. Malahan terdapat beberapa dialog yang diperkatakan membuatkan ramai pecah perut.

Dalam pada itu, ramai juga yang berpendapat momen seperti ini sangat 'mahal' dan pastinya menjadi satu kenangan yang sangat bermakna.

"Ika nak beranak, tak jadi.."

"Moment terindah betul..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen