Kanak2 'ditelan' burung undan, netizen kecam 'parents' tak reti jaga anak. - "Kalau kena gigit?"

Oleh: Shasha Zack

Semua kanak-kanak pastinya mempunyai perasaan ingin tahu dan terlalu 'berani' untuk mencuba segala yang ada di depan mata.

Sama lah dengan situasi seorang budak lelaki, yang cuba memegang seekor burung undang atau lebih dikenali pelikan, hingga 'ditelan' undang kecaman netizen.

"Satu kenangan tercipta..."

Menerusi perkongsian @mem.atikah, dia memuat naik video anaknya yang mendekati pelikan dengan niat untuk memegang dan 'berkawan'. 

Namun, pelikan tersebut dilihat 'liar', menyahut teguran si cilik tersebut dengan 'menelan' kepala kanak-kanak tersebut.

"Kenapa kita rilek je? Sebab kalau binatang tu terkejut, lagi dia mengganas..."

Melihat banyak kecaman yang diterima, ibu ini tampil menjelaskan bahawa anaknya, Rizqi dalam keadaan baik dan tidak cedera. Malahan dia menjawab persoalan netizen menyatakan dia tidak berbuat apa-apa kerana risau binatang tersebut lebih mengganas.

"Paruh dia bahaya sebenarnya, macam gergaji halus..."

Komen dari para netizen pula menunjukkan ramai yang tidak berpuas hati dengan sikap ibu bapa yang seperti tidak ambil pusing akan keadaan anak mereka.

Namun, ada juga ibu bapa yang memahami proses pembesaran kanak-kanak pasti teruja untuk mencuba segala yang baru.

"Parents dia macam???."

"Ni bukan kecam saja2, Risau kat budak tu..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen