Telefon tak dijawab, lelaki nekad masuk rumah terkejut rakan kaku dalam keadaan sujud

Seorang lelaki yang juga merupakan Pengurus Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditemui meninggal dunia ketika sujud solat Dhuha di rumahnya, pada Isnin.

Rakan ke rumah hantar makanan

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul iaitu Asisten Komisiner Beh Eng Lai, polis menerima laporan daripada rakan mangsa yang ke rumahnya untuk menghantar makanan.

Difahamkan, arwah Shukri Sulaiman berusia 51 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh rakannya pada jam 10 pagi.

"Rakannya mengatakan selepas beberapa kali panggilannya tidak dijawab, dia meminta bantuan jiran untuk masuk ke dalam rumah Skuri."

"Apabila masuk ke dalam rumah didapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dalam biliknya dalam keadaan bersujud dan memakai jubah putih."

-Beh Eng Lai-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen