Terpaksa tangguh penghantaran, abam kurier luluh dihalau tuan rumah waktu kerja

Rambut sama hitam, hati tak siapa tahu. Perumpamaan itu mungkin boleh digambarkan dengan situasi yang telah dilalui oleh seorang pemuda ini yang bekerja sebagai penghantar barang.

Dihalau tuan rumah waktu kerja

Dia menggunakan nama Muhd Fareast berkongsi detik bilamana telah dihalau oleh tuan rumahnya yang juga berbangsa Melayu di saat akhir setelah menemui pembeli yang baru.

 

 

 

Lebih tersentuh, dia menerima panggilan dari tuan rumah ketika sedang dalam perjalanan menghantar barang ke rumah pelanggan dan mahu atau tidak, dia perlu pulang segera untuk mengeluarkan barang.

"Buat aku macam sampah..."

Dalam entri itu, Fareast sendirian mengangkat tilam untuk mengosongkan bilik dengan dibantu oleh kawannya, sedang tuan rumah pula 'membatu' tanpa sekelumit simpati.

Tahan deposit sebulan

Selain itu, Fareast juga memaklumkan bahawa tuan rumah tersebut menahan wang bayaran pendahuluannya selama satu bulan atas sebab yang tidak dipastikan.

Tak pernah tangguh bayar

Bercerita tentang masalah pembayaran pula, setakat mendiami rumah itu, dia tidak pernah lagi menangguhkan bayaran bulanan dan akan membuat pembayaran tepat pada waktunya.

 

"Teruknya tuan rumah"

Berat mata memandang, pasti berat lagi bahu yang memikul ujian itu. Malah, orang ramai juga tidak bersetuju dengan tindakan tuan rumah berkenaan yang dianggap keterlaluan.

 

 

"Kalau ada agreement, saman je"

Bukan itu sahaja, rata-ratanya turut meminta agar pemuda itu membawa kes ini kepada pihak yang sepatutnya kerana tuan rumah tersebut boleh dikenakan tindakan di atas kelakuannya berbuat demikian.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen