Buat 'perangai' di tempat awam, anak terdiam dapat jelingan maut dari bapa

Oleh: Zuzu Yasmine

Kanak-kanak memang mempunyai pelbagai ragam, lebih-lebih lagi apabila dirinya kurang mendapat perhatian atau ingin mendapatkan sesuatu yang dia inginkan.

Tidak kiralah di rumah atau di tempat awam, mereka memang akan segera tunjukkan ragam mereka bagi memastikan ibu bapa tertumpu ke arahnya. Habis kecih dengan tangisan atau jeritannya.

Terdiam dapat jelingan dari bapa.

Begitulah seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @ierashac apabila memuat naik video gelagat anak lelakinya.

Menerusi video berdurasi 29 saat itu memaparkan anak lelakinya yang masih kecil menjerit nyaring di dalam sebuah restoran.

Bimbang ragam anaknya akan mengganggu orang lain, si bapa menegur anaknya dengan memberi jelingan muat sehingga kanak-kanak berkenaan tertunduk kerana takut.

Dalam video tersebut juga dapat dilihat kanak-kanak tersebut seolah-olah cuba memujuk bapanya dengan melihat dan menyentuh bapanya yang dalam keadaan marah.

Namun perkara itu tidak menjadi malah @ierashac memaklumkan anaknya itu akan mendapat ‘habuan’ apabila pulang ke rumah mereka.

"Sampai rumah baru dapat habuan..." tulis @ierashac dalam video tersebut.

Suka 'parents' macam ni.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet suka melihat cara didikan pasangan ini yang mendidik anak mereka. Malah, mereka turut berseloroh berharap agar tiada apa yang berlaku selepas pulang ke rumah.

Tidak hanya itu sahaja, mereka turut berkongsi pengalaman akan habuan yang diterima sekiranya buat perangai di depan orang ramai.

Muka senyum takut tu

Kena cubit, pulas telinga

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen