Kantoi gigit kek kahwin, budak perempuan selamba buat muka tak bersalah

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata, kalau anak senyap je tanpa suara pasti ada projek yang sedang mereka lakukan. Malah, projek yang dilakukan itu pastinya buat ibu bapa mereka geleng kepala.

Puas hati dapat gigit kek pengantin.

Sama seperti video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @saidatul.laila ini yang memaparkan gelagat seorang kanak-kanak perempuan.

Dalam video berdurasi 15 saat itu dapat dilihat kanak-kanak perempuan berkenaan sedang berdiri di atas kerusi di hadapan sebuah kek.

Tanpa diduga, kanak-kanak tersebut segera menggigit kek berkenaan dengan muka selamba sebelum didatangi seorang lelaki.

Selepas ditegur lelaki berkenaan, kanak-kanak tersebut dengan muka tidak bersalah turun dari kerusi dan berlalu pergi sambil menguyah kek tersisa di mulutnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur akan gelagat kanak-kanak berkenaan. Malah, mereka berseloroh bahawa pengantin terlalu lambat hendak memotong kek tersebut.

Lambat sangat potong kek tu

Selamba je muka dia

Dah lama teringin tu

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen