Sebab tak nak bagi laluan, anggota 'escort' VIP rosakkan cermin sisi kereta orang awam?

Masalah yang timbul membabitkan orang kenamaan serta kerabatnya sering dibahaskan oleh rakyat kerana melihat nilai adab makin pudar dalam diri mereka.

Bukan sekali dua ia berlaku, namun mereka tidak mengambil iktibar pun dan kembali berulang.

Pengiring VIP buat hal lagi?

Demikian dapat dilihat menerusi paparan yang dimuat naik oleh @FannnF di laman Twitter miliknya.

Dalam hantaran itu, memperlihatkan keadaan cermin sisi sebelah kanan keretanya terkulai selepas dirosakkan oleh seorang pengiring kenamaan atau VIP sewaktu melalui lebuharaya Elite.

 

 

 

Berkongsi ceritanya, dia yang berada di 'lane' kanan tidak menukar lorong, walhal sudah menyedari kehadiran rombongan itu.

"Patutnya consider lah"

Pun begitu, tindakan itu bukanlah disengajakan kerana kenderaan yang banyak menyebabkan dia tidak boleh menukar lorong sesuka hati, tetapi lain pula yang jadi selepas dia memberi laluan kepada mereka.

"Selalu je jadi"

Meninjau ke ruangan komen, nampaknya ramai meluahkan hal sama kerana kejadian seperti itu juga pernah menimpa mereka, meskipun bukan membabitkan orang kenamaan.

"Dah langgar, blah gitu je"

Boleh dikatakan masing-masing suka ikut kepala sendiri, tanpa ada sifat tolak ansur dan membuat seperti jalan itu milik mereka sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen