Tegur budak-budak main mercun, isteri tak sangka suami fasih cakap bahasa Tamil

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai rakyat Malaysia, pastinya sudah sedia maklum bahawa ramai yang mahir pelbagai bahasa terutama bahasa Malaysia dan juga Mandarin.

Bagaimanapun, jarang sekali kita melihat seseorang yang begitu mahir berbahasa Tamil yang juga digunakan oleh rakyat di Malaysia terutama kaum India.

Tak sangka tahu cakap Tamil.

Menerusi satu video dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @saya_tiaa memaparkan seorang lelaki sedang menegur beberapa orang kanak-kanak bangsa India yang hendak bermain mercun.

Apa yang menarik perhatian adalah bahasa yang digunakan oleh lelaki berkenaan adalah bahasa Tamil, malah lelaki tersebut juga terlihat begitu fasih bercakap menggunakan bahasa tersebut.

Tidak sangka akan perkara tersebut, @saya_tiaa terkejut akan perkara tersebut dan mempersoalkan perkara tersebut.

“Awak kata awak tak tahu cakap ea...” soalnya di dalam video berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum akan perkara tersebut. Malah mereka turut bertanya adakah suami @saya_tiaa miliki darah campuran atau sebaliknya.

Jarang nak jumpa ni

Kalau membebel auto cakap Tamil ke?

Bila kantoi terus jadi normal

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen