"Dia selamatkan diri dulu." -Netizen bengang tengok bakal suami lari bila pasangan jatuh masa 'photoshoot'

Oleh: Shasha Zack

Setiap pasangan pastinya ingin membina kenangan manis bersama tidak kira dalam fasa bernikah mahupon sebelum dengan mengambil jurufoto untuk gambar pre-wedding.

Begitulah pilihan satu pasangan ini yang memutuskan untuk memhasilkan video 'pre-wedding' dengan konsep tepi pantai bersama seekor kuda.

Plan nak pre-wedding atas kuda, tapi jadi bawah kuda

Perkongsian @silvitapearcee di Tiktok meraih perhatian apabila konsep yang dipilih untuk 'photoshoot' di atas kuda tidak seindah yang dirancang ketika kedua-dua pasangan ini jatuh ke bawah kuda, menghempas pasir.

Menilai dari video, ramai netizen beranggapan ianya berpunca dari bakal pengantin lelaki yang terlalu kuat melompat di atas kuda hingga membuatkan ianya terkejut dan memberi tindakan refleks kemudian terjatuh.

Ramai kecam bakal suami terus lari tak tolong pasangan...

Sehubungan dengan itu, selain mengecam 'punca' kuda mengamuk, bakal suami tersebut turut dikecam kerana terus lari menyelamatkan diri dan mengabaikan pasangannya yang jatuh terhempap ke tanah.

Namun begitu, menerusi video terbaru, empunya video menjelaskan bahawa lelaki tersebut terlalu terkejut hingga me;arikan diri dan mujur wanita itu dibantu oleh jurufoto dan penjaga kuda yang berada di situ.

"Husband tak tolong, photographer tolong."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat lelaki yang bakal menjadi suami perempuan tersebut tidak sepatutnya bertindak menyelamatkan diri sendiri hingga mengabaikan bakal isterinya.

Malahan, ramai yang mengecam tindakan lelaki tersebut selain bengang dengan gelagatnya yang mengakibatkan kuda tersebut mengamuk.

"photographer lebih peduli..."

"Kesian kuda tu..."

"Laki dia tak tolong pon..."

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen