Dari kecil didandan macam lelaki, gadis maafkan ibu ayah kini kembali pada fitrah

Anak itu diibaratkan seperti kain putih, suci serta bersih tanpa noda dan ibu bapa lah yang perlu membentuk serta mencorakkan kain itu agar kelak menjadi seseorang yang berakhlak serta baik budi pekertinya.

Dari kecil berpenampilan macam lelaki

Namun, lain pula kisah yang terjadi kepada gadis ini yang hanya ingin dikenali sebagai Nila.

 

 

 

 

Hendak dijadikan cerita, sewaktu kecil ibu bapa Nila membesarkan anak keempatnya itu dengan membawa perwatakan seperti lelaki sehinggalah dia di fasa remaja.

Menerusi hantaran tersebut memperlihatkan personaliti dirinya salin tak tumpah seperti lelaki, ditambah pula dengan rambut pendeknya dan pemilihan baju sekolah serta baju hariannya.

Teringin anak lelaki

Namun, seiring dengan peredaran zaman Nila perlahan-lahan nekad mengubah dirinya ke arah yang lebih feminin, bersesuaian dengan jantina asalnya iaitu perempuan.

Menurut anak bongsu itu, dahulu ibu bapanya amat menantikan kehadiran seorang anak lelaki, namun rezeki tidak memihak kepada mereka apabila ibunya melahirkan anak perempuan iaitu Nila.

 

 

Tambahnya, dahulu dia juga pernah menyalahkan kedua-dua orang tuanya, tetapi mula berdamai dengan diri sendiri dan terima dengan lapang dada.

"Sekarang jadi wanita hebat dan cantik"

Malah, perkongsiannya itu juga membuatkan orang ramai bangga akan dirinya selain memuji kecantikan gadis itu yang kini terserlah kewanitaannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen