Suara persis Allahyarham Sudirman, penyanyi busker jadi perhatian orang ramai

Oleh: Zuzu Yasmine

Lagu-lagunya masih lagi dimainkan dicorong-corong radio, walaupun sudah hampir 30 tahun berlalu namun kehilangannya masih dirasai.

Meninggal dunia pada usia 37 tahun pada 22 Februari 1992, lagu-lagu Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad masih lagi menjadi siulan orang ramai tanpa kira usia.

Suara persis Allahyarham Sudirman.

Terbaru, tular di laman media sosial akan satu sosok tubuh seorang lelaki yang dikatakan mempunyai suara persisi Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Noor Fadzlan di group Main Guitar Akustik itu dapat didengari pemuda yang dikenali sebagai Arish Mikael itu menyanyikan lagi bertajuk Hujan.

Persis seakan suara Allahyarham, difahamkan pemuda berkenaan menyanyi disekitar Hentian Bas Bentayan di bandar Muar.

Bukan itu sahaja, Noor Fadzlan mamklumkan bahawa suara pemuda berkenaan juga persis Allahyarham walaupun ketika bercakap biasa.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata turut mempersetuju akan kenyataan pengguna Facebook berkenaan malah turut berharap agar pemuda tersebut boleh pergi jauh.

Bahkan warganet juga berharap bakat yang dimiliki pemuda itu diketengahkan selain mengakui terbuai akan suaranya yang persis Allahyarham seniman terkenal.

Menusuk kalbu dengar suara

Sebiji suara dia

Harap boleh pergi jauh

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen