Sedih telefon musnah digilis kereta, bapa kembali tersenyum terima kejutan dari anak-anak

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang anak, pastinya ingin sedaya upaya membalas jasa ibu bapa sekaligus membuat orang tua mereka bahagia. Walaupun tidak mampu membalas segala pengorbanan yang pernah dilakukan namun melihat mereka tersenyum cukup gembira.

Itulah yang dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @dengs___ apabila berkongsi momen ibu bapanya.

Telefon rosak digilis kereta.

Sebelum ini, @dengs___ pernah berkongsi video akan telefon bapanya yang rosak akibat tergilis kereta di jalan kerana terjatuh dari poket bajunya yang telah koyak.

Pernah berjanji untuk membelikan telefon lain buat bapanya, @dengs___ berkongsi momen saat bapanya menerima telefon baru selepas kejadian tersebut.

“Terima kasih belako.”

Dalam video terbarunya, @dengs___ sengaja meletakkan telefon baru tersebut di dalam tin biskut memandangkan ayahnya kerap membuka bekas tersebut setiap malam.

Terkejut melihat plastik di dalam tin biskutnya, ayahnya membuka dan melihat isinya namun bertambah terkerjut bercampur sedih apabila mendapati itu adalah telefon baru buatnya.

Lebih sebak lagi apabila bapanya tersenyum gembira sambil mengucapkan terima kasih kepada anak-anaknya yang menghadiahkan telefon baru buatnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat momen tersebut. Malah, mereka juga tumpang gembira melihat pakcik berkenaan kembali tersenyum.

Sebak tengok abah tersenyum

Rindu ayah, rindu mak

Mudah mudahan semua boleh bahagiakan ibu bapa

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen