Dapat tidur tak beringat, ibu panik terpaksa minta tolong jiran kejutkan anak dalam rumah

Apabila badan terlampau penat, tidur adalah terapi paling mujarab untuk mengembalikan semula tenaga agar keesokan harinya lebih segar dan bersemangat.

Namun, apabila seseorang tidak cukup tidur, badan mereka akan jadi lesu dan tidak mustahil akan jadi seperti yang menimpa pemuda ini.

Ibu gegar rumah kejutkan anak 

Dalam perkongsian Bagas, memperlihatkan situasi genting yang dirakam oleh rakannya sewaktu ibunya panik di luar rumah sambil menjerit-jerit memanggil anaknya dalam rumah.

 

 

Hal itu adalah kerana 'budak bertuah' itu terlalu nyenyak dibuai mimpi sehingga terpaksa meminta tolong jiran mengejutkan si anak di dalam rumah.

Terkejut ramai orang telefon

Menerusi hantaran lain, Bagas mendedahkan pula bahawa dia terlalu penat dan amat menghargai peluang tidur itu dengan sebaiknya.

Lebih buat dia tak sangka, beberapa puluh panggilan telefon yang masuk juga tidak diangkat kerana betul-betul tidak sedar.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen