Tak pernah berpisah sejak kecil, adik2 meraung tak tahan sebak lihat kakak kini isteri orang

Oleh: Shasha Zack

'Kehilangan' keluarga yang kini sudah berumah tangga merupakan sesuatu hal yang berat untuk diterima oleh ahli keluarga yang rapat dengan mereka.

Proses 'melepaskan' mereka pergi pasti akan mengundang air mata, memandangkan tiada lagi gurau senda dan 'lepak' bersama selepas mereka sah menjadi suami atau isteri orang.

Masing2 menangis masa peluk kakak, sebak kakak dah kahwin

Menerusi perkongsian @luvyqylah di Tiktok, dia memuat naik sebuah drama air mata antara seorang kakak dan adik beradik yang saling berpelukan dalam tangisan setelah kakak selamat diijabkabulkan.

Difahamkan, mereka yang tidak pernah berpisah sejak kecil mempunyai hubungan yang sangat akrab antara satu sama lain hingga masing-masing tidak dapat menahan air mata.

 

"Mesti akak dia baik sangat..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa situasi tersebut berlaku mungkin atas sebab kakak yang terlampau baik melayan adik-adik selama ini sehingga suasana menjadi sebak sebegitu.

Malahan ramai juga yang berkongsi pengalaman sama ketika ada ahli keluarga rapat yang telah berkahwin dan mereka menangis hampir seminggu kerana terlalu sedih dan merasa berat untuk melepaskan.

"Kakak dia sedaya upaya tak nangis depan adik2..."

"Bila dekat selalu gaduh, bila dah kahwin terasa berat hati..."

"Kakak aku kahwin, seminggu aku nangis..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen