"Rompakan terbuka!" -MUA geleng kepala tengok makcik tuang bedak 'make-up' pengantin, hampir habis sebekas

Oleh: Shasha Zack

Menjadi jurusolek yang menata rias pengantin bukanlah pekerjaan yang mudah. Terkadang boleh mengakibatkan kerugian dan sakit kepala melayan bukan sahaja perangai dari pengantin, malahan ahli keluarga dan sanak saudara mereka.

Itulah yang dirasai oleh seorang MUA apabila dia 'dirompak' secara terang-terangan ketika bedak yang digunakan untuk 'make-up' pengantin telah diminta malah hapir habis dikerjakan!.

"Selalu jadi kalau dapat job kat kampung."

Perkongsian @alkenwedding mendapat perhatian ramai apabila dia memuat naik sikap seorang wanita yang tanpa rasa malu meminta 'sedikit' bedak 'make-up' pengantin.

Bukan sedikit, berlaku 'rompakan' apabila dia hampir mengambil semua isi bedak tersebut yang dituang ke dalam tisu.

"Banyak pulak tu..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut geram melihat perkongsian ini kerana memahami kos barang 'make-up' pengantin yang bukan murah nilainya. Malahan mereka mengecam tindakan wanita tersebut sebagai kurang bertimbang rasa yang mengambil bedak tersebut dengan banyak.

"Besok2 bawak bedak murah, pindah bekas mahal..."

"Bedak mahal tau..."

"Banyak nya ambik..."

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen