Valentine's Day dinggap hari suci, ini sebab kenapa ia disambut pada 14 Februari

Hari kekasih atau Valentine's day merupakan antara hari paling dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih pada setiap tahun yang jatuh pada tanggal 14 Februari.

Pun begitu, mungkin ramai tidak tahu asal usul Hari Kekasih ini dan kenapa ia hanya disambut pada tanggal itu sahaja? Istimewa ke?

Berikut merupakan cerita ringkas tentang sejarah Hari Kekasih dan tarikh yang dipilih oleh orang dahulu bagi menyambut hari istimewa ini.

Kematian 'syahid' tiga paderi 

Menurut sumber, gereja katolik telah mengiktiraf sekurang-kurangnya tiga orang paderi yang bernama Valentine atau Valentinus, yang semuanya telah didakwa 'mati syahid'.

Satu lagenda berpendapat bahawa Valentine adalah seorang paderi yang berkhidmat ketika abad ketiga di Rom.

Kisahnya bermula apabila Maharaja Claudius II melarang lelaki muda berkahwin kerana menganggap lelaki bujang akan menjadi tentera yang lebih baik daripada yang sudah berkeluarga.

Namun, Valentine tidak berkenan dengan pemerintah itu dan menentang Claudius dengan terus mengahwinkan mana-mana pemuda tetapi secara rahsia.

Sayangnya, tindakannya itu sampai ke pengetahuan Maharaja Claudius dan memerintahkannya agar dibunuh.

Mesej dari penjara untuk kekasih

Dalam rujukan lain, terdapat seorang Valentine telah menghantar mesej 'valentine' pertama setelah dia jatuh cinta dengan seorang gadis muda.

Difahamkam, gadis tersebut mungkin anak kepada pihak yang telah memasukkannya ke dalam penjara.

Mesej tersebut ditulis oleh Valentine sebelum kematiannya yang tertulis 'From your Valentine' dan dipercayai ia masih digunakan sehingga hari ini.

Menjelang abad pertengahan, Valentine menjadi salah seorang daripada orang suci paling popular di England dan Perancis.

Menggantikan Perayaan Lupercalia

Lupercalia adalah pesta kesuburan yang didedikasikan untuk Fanuz, dewi pertanian Romawi serta untuk pengasas Rom iaitu Romulus dan Remus.

Ada yang percaya bahawa Hari Valentine disambut pada pertengahan bulan Februari untuk memperingati ulang tahun kematian Valentine atau pengebumiannya yang berlaku sekitar 270.

 

Secara ringkasnya itu merupakan antara kisah lagenda bagaimana Hari Kekasih bermula dan terus diingati sampai saat ini.

Berkenaan sambutannya pula, ada yang menegaskan bahawa umat Islam dilarang menyambut Hari Kekasih, namun tetap perlu menghormati budaya mereka dengan tidak mempertikaikan mana-mana hal yang menyentuh sensitiviti agama mereka.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen