Datang rumah awal pagi, kasih atuk bantu anak urus cucu setiap hari tanpa lelah

Oleh: Zuzu Yasmine

Atuk dan nenek adalah insan yang paling gembira apabila cucu mereka dilahirkan dengan selamat. Kasih atuk dan nenek terhadap cucu-cucu ini memang tidak ada tandingannya.

Walau garang macam mana sekali pun, tentu akan mengalah dengan cucu mereka. Itu belum lagi sentiasa menjadi pembela buat cucu-cucunya.

"Terima kasih abah..."

Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @balqismcdiah apabila mengimbau kembali momen ayahnya menjaga cucunya.

Menurut @balqismcdiah, sejak anaknya lahir suami serta ibu bapanya menjaganya dengan baik. Malah ayahnya turut bermalam di rumahnya bagi menjaganya yang dalam pantang.

Disebabkan jarak rumah dia dan ibu bapanya dekat, hari-hari ayahnya akan datang ke rumah untuk mengurus dan memandikan cucu kesayangannya.

Bukan itu sahaja, anaknya pernah kena kuning yang tinggi namun warga emas itulah yang mencuba pelbagai petua bagi memastikan cucunya sembuh.

Bukan itu sahaja, setiap pagi ayahnya itu akan datang ke rumah bagi memberi susu dan menghirup udara di luar rumah.

Terlalu teliti menjaga cucu kesayangannya itu membuatkan bayi berkenaan begitu manja dengan atuknya malah @balqismcdiah memaklumkan bahawa bapanya itu pernah melakukan hal yang sama kepadanya sewaktu kecil.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum melihat kasih sayang seorang atuk terhadap cucunya. Malah, mereka turut menyatakan rasa keberuntungan wanita berkenaan akan keprihatinan ibu bapanya itu.

Sayangnya atuk pada cucu

Atuk nenek kalah dengan cucu

Ganti masa yang dia terlepas

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen