Lelaki dibuang pasangan ketika sakit, wanita jaga penuh kasih sayang hingga ceria, sihat semula

Oleh: Shasha Zack

Cinta sejati lahir dari hati bila keduanya masih bersama dalam suka dan duka, nangis dan ketawa. Meskipun hidup penuh ranjau dan dugaan, namun kekal bersama hingga berjaya.

Demikianlah kisah penuh inspirasi seorang wanita yang tetap setia menjaga pasangannya dari sakit, hingga sembuh dan ceria semula, buat netizen kagum

 

 

"Orang buang dia waktu sakit, aku jaa sampai sembuh gemuk dah sekarang..."

Perkongsian @babyput di Tiktok meraih perhatian ramai yang kagum dengan semangat dan keikhlasan wanita tersebut dalam menjaga pasangannya yang dipercayai menghidapi penyakit hipertiroid.
 
Dalam video yang dimuat naik, suaminya turut menderita selepas mengalami kemalangan jalan raya dan dijaga penuh kasih sayang dan keikhlasan hingga lelaki tersebut kini sembuh dan sihat semula.

 

@babyput_official

orang buang dia waktu sakit...aku jaga smpai sembuh n gemokk dah skrg.. jngn dok mai balik bila dah tngok aku jaga elok🤣 tranjang mampoihh 🤣

♬ เสียงต้นฉบับ - 💔🎵อารมณ์เพลง🎵💔

 

"Thankyou sebab ada time susah n senang."

Di ruangan komen, Mr. Edd yang dipercayai suami wanita ini telah meninggalkan komen mengucapkan terima kasih dan penghargaan buat isteri tersayang yang setia bersamanya dalam susah dan sennag.

"Tahniah kak, contoh terbaik..."

Sementara komen dari pada netizen pula menyatakan rasa kagum dan terharu kerana sikap mulia wanita ini yang sanggup menjaga suaminya dari sakit hingga sembuh seperti kini.

"Tak semua orang mampu buat apa you buat..."

"Moga bahagia selalu..."

"Tahniah wanita hebat..."

"Baiknya hati awak, not everyone can do this..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen