Tak terima permohonan maaf, wanita pukul 'rider' tepi jalan sebab kereta calar terkena basikal

Melihat kebanyakan sikap 'rider' yang gemar melanggar peraturan jalan raya, membuatkan kita ikut geram. 

Mana tidaknya, mereka bukan sahaja merisikokan diri sendiri, tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.

Wanita mengamuk kereta dilanggar basikal

Jadi, tidak hairanlah jika wanita ini marah apabila keretanya dilanggar oleh 'rider' sewaktu sedang bertugas.

 

 

 

Dalam perkongsian yang dimuat naik Ria Stel, menyaksikan tindakan seorang wanita menyerang lelaki penghantar makanan di tepi jalan.

Selain itu, dia juga sempat merosakkan 'stand' di basikal lelaki terbabit yang digunakan untuk meletakkan telefon bimbitnya sebelum bertindak memukul beberapa kali.

Tak terima permohonan maaf

Menurut sumber, pemuda itu telahpun meminta maaf atas kecuaiannya, namun tidak diterima oleh wanita berkenaan sehingga akhirnya dia bertindak yang demikian.

 

Lebih meruntun hati, lelaki itu dilihat sempat menyeka air matanya dengan lengan baju sambil memegang dadanya seperti menahan sebak.

"Memang tak berhati perutlah"

Walaupun kejadian itu berlaku di Filipina, rata-rata warganet tumpang simpati melihat insiden tersebut serta tidak bersetuju dengan tindakannya mengasari lelaki itu, walhal dia telahpun mengakui kesilapannya dan memohon maaf.

 

"Suka hati je pukul orang"

"Geram lah tengok..."

Walaubagaimanapun, sehingga hari ini tiada makluman lanjut berhubung kes tersebut, tetapi difahamkan ianya telahpun dibawa kepada pihak atasan dan ramai berharap ada keadilan buat lelaki berkenaan.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen