Jurufoto kecewa, AJK masjid tiba2 pasang vakum waktu majlis nak mula

Bagi seorang jurufoto atau video, mereka pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran tersendiri tetapi tetap ingin memberikan hasil yang terbaik untuk pelanggannya.

Namun, adakalanya nasib tidak menyebelahi mereka atas beberapa faktor seperti yang menimpa pemuda ini.

Rakaman majlis nikah terganggu sebab vakum

Dalam perkongsian dia yang menggunakan nama @firdauschious, memaparkan 'moment' di sekitar majlis akad nikah sepasang pengantin.

 

@jijibad Binawey bethol #weddingvideo ♬ original sound - firdauchious

 

Sama seperti pasangan lain, mereka juga mengadakan resepsi akad nikah di masjid, namun suasana kali ini agak berbeza apabila 'footage' video untuk merakam 'moment' indah itu terganggu dek bunyi vakum yang kuat.

"Dia mungkin tak perasan"

Tambahnya, bukan tidak ingin menegur tetapi kejadian berlaku betul-betul sewaktu pengantin dan tok kadi ingin memulakan majlis, bahkan dia juga sudah bersedia dengan rakamannya.

 

Di samping itu, dia juga meminta agar warganet tidak mengecam pakcik yang sedang mengemas masjid itu walaupun hakikatnya pasti ada sebahagiannya mempersoalkan sikap tolak ansur warga emas berkenaan.

"Patutnya kena berhenti dulu"

Meninjau pula ke ruangan komen, ramai ikut geram dengan situasi itu, namun mereka tidak sampai hati untuk menyalahkan pakcik tersebut kerana masih ada rasa hormat.

 

"Mesti stres kan?"

 

 

 

"Kalau aku jadi makcik tu..."

Dalam waktu sama, ada juga yang mempersoalkan tindakan ahli keluarga pengantin sepertinya tidak peka dengan suasana sekeliling untuk bangun menegur dan sebagainya.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen