Bahana tampar pelawak atas pentas, anugerah Will Smith mungkin ditarik balik

Selepas insiden menampar Chris Rock di atas pentas, pelakon Hollywood, nama Will Smith terus menjadi buah mulut warganet di media sosial.

Will Smith berdepan tindakan undang-undang

Bukan itu sahaja, Penganjur Anugerah Akademi (Oscar) ke-94 memaklumkan bahawa pelakon dan penerbit itu juga mungkin akan dikenakan tindakan kerana didakwa telah mencemarkan anugerah berprestij itu.

"Kami sudah memulakan ulasan formal membabitkan insiden itu dan mengkaji langkah serta tindakan lanjut yang akan diambil mengikut undang-undang kecil, Piawaian Kelakuan dan Undang-undang California."

-Penganjur-

Akademi Oscar tolak keganasan

Ulas penganjur, polis piawaian kelakuan anugerah itu menyatakan, ia menentang sebarang bentuk penderaan, gangguan dan diskriminasi serta menghendaki ahli untuk mengangkat nilai yang menghormati maruah sesama insa, keterangkuman dan menyokong persekitaran yang memupuk kreativiti.

Oleh yang demikian, pelanggaran polis itu berkemungkinan menyebabkan penggantungan atau penyingkiran daripada kumpulan, penarikan balik Oscar atau kehilangan kelayakan untuk anugerah pada masa depan.

Untuk maklumkan, Will Smith telah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik.

Mengambil kesempatan itu, dia juga telah membuat permohonan maaf atas insiden yang tular, namun difahamkan Will tidak memohon maaf kepada Rock.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen