Samun warga emas hampir RM25K, dua lelaki berjaya ditahan polis

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Demikian bagi menggambarkan nasib dua orang lelaki apabila berjaya diberkas polis selepas terlibat dalam kejadian samun warga emas Sabtu lalu.

Suspek ada 18 rekod jenayah

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras iaitu Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, suspek pertama berusia 35 tahun ditahan sehari selepas kejadian iaitu kira-kira pukul 12.15 pagi.

Manakala, seorang lagi suspek berusia 29 tahun diberkas sekitar jam 11 pagi pada Isnin.

"Kedua-dua suspek ditahan di rumah masing-masing yang terletak di sekitar Lembah Klang. Semakan mendapati kedua-dua suspek, masing-masing mempunyai 18 rekod jenayah."

"Menerusi tangkapan ke atas suspek kedua, kita merampas berangan yang dipercayai digunakan semasa melakukan samun serta wang tunai RM5,300."

-Idzam Jaafar-

 

Warga emas disamun depan rumah

Terdahulu, tular sebuah rakaman menyaksikan kejadian samun terhadap seorang wanita warga emas yang dipercayai berlaku di hadapan rumahnya.

Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami kerugian kira-kira RM25,000 selepas penyamun bersenjatakan parang itu melarikan dua rantai leher serta dua gelang tangan yang dipakai mangsa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen