Baru teruja nak makan buah laici, gadis kecewa tertipu dengan rambutan ‘togel’

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak semua buah boleh didapati di Asia Tenggara ini, malah kadang kala beberapa jenis buah-buahan pula akan membuahkan hasil apabila tiba waktu yang sesuai.

Jadi apabila melihat buah kegemaran ada di pasaraya atau di tepi-tepi jalan, pastinya pengemar tidak akan melepaskan peluang untuk membeli buah-buahan tersebut.

Disangka laici, rupanya rambutan.

Hal yang sama dilalui pengguna TikTok dikenali sebagai @moniqqqqqqqq ini apabila teruja melihat buah kesukaannya iaitu laici yang dijual di kawasannya.

Tidak sabar untuk menikmati buah tersebut, dia terus memakannya dalam perjalanan pulang walau bagaimanapun lain pula yang terjadi.

@moniqqqqqqqq

Jangan penasaran lagi ya gais

♬ original sound - nasrul wienata🌈🌈🌈🌈 - nasrulwienata

Rupa-rupanya, buah tersebut bukannya laici sebaliknya rambutan yang telah dibuang bulunya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet akui terhibur melihat rambutan tiada bulu itu. Malah mereka berseloroh bahawa rambutan tersebut telah dipotong serta beranggapan itu buah pulasan.

Rambutan dah kena wax

Tinggal 'tan' tak ada rambut dah

Tahniah anda kena prank

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen