Jake Paul, seorang promoter tinju telah menawarkan AS$15 juta (RM63.3 juta) kepada Will Smith dan Chris Rock setiap seorang untuk bertarung di dalam gelanggang.
Kononnya demi menyelesaikan perselisihan faham antara mereka Jake Paul menawarkan sejumlah wang bernilai jutaan ringgit demi melihat mereka bertarung.
Jake Paul jadi batu api, saje nak buat duit?
Menurut Harian Metro, Jake Paul difahamkan menjadi batu api dan sengaja campur tangan akan kemelut yang dihadapi pasangan sahabat tersebut.
"Saya ada $15 juta untuk Will Smith dan $15 juta untuk Chris Rock. Ayuh lakukannya Ogos ini.
Seseorang tolong hubungkan saya dengan wakil Will Smith di telefon secepat mungkin."
-Tulis Jake Paul di Twitter-
Ramai ambil peluang
Terdahulu, Will Smith telah menampar Chris Rock di atas pentas Oscar dengan ditonton jutaan orang gara-gara berang dengan ejekan lelaki tersebut pada isterinya.
Susulan peristiwa tersebut, ramai yang melihat apa yang terjadi ini sebagai peluang untuk mereka membuat duit termasuk Jake Paul.
Tinggalkan Komen