Rumah terbakar lagi seminggu nak kahwin, gadis syukur suami masih di sisi, majlis tetap jalan lancar

Oleh: Shasha Zack

Luluh hati seorang wanita apabila tinggal seminggu lagi bakal menjadi raja sehari, segala persiapan dan barang kahwin hangus dijilat api.

Sebak namun redha, wanita ini terkilan apabila tiada satu pon yang terselamat untuk digunakan apabila menjelang majlis pernikahannya nanti.

"Sentiasa bersangka baik pada Allah..."

@nnajihah02 menunjukkan koleksi gambar yang dimuat naik menjadi satu video, merakamkan rumahnya yang hangus dijilat api. Difahamkan, hanya beberapa barang-barang sahaja yang boleh diselamatkan namun sudah tidak boleh digunakan kerana sebahagiannya yang telah rosak.

 

@nnajihah02 “Terima kasih Allah untuk semua takdir ini, sentiasa bersangka baik padaNye”❤️#fyp ♬ Emotional Piano for the Soul (Inspirational Background Music) - Fearless Motivation Instrumentals

"Nasib baik si dia selalu ada..."

Bersyukur dikurniakan pasangan yang sentiasa ada dikala susah dan senang, wanita ini mengucapkan kata penghargaan buat suaminya yang tetap setia di sisi, membantu segala urusan rentetan kesan kebakaran yang berlaku, hingga akhirnya mereka selamat diijabkabulkan.

"Masyaallah kuatnya awak..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan apa yang dilalui wanita ini namun memuji kekuatan dan ketabahannya dalam menghadapi ujian dari Allah.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar urusan wanita ini dipermudahkan dan menemui hikmah dari musibah yang berlaku.

"Stay strong sis..."

"Semoga dipermudahkan segala urusan..."

"Allahuakbar, Allah uji ada hikmah..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen