Menyamar jadi wanita, lelaki cuba rompak kedai serbaneka bersenjatakan penukul besi

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini tular di media sosial akan seorang lelaki didakwa cuba melakukan rompakan di sebuah kedai serbaneka di Kuantan.

Lelaki cuba merompak dengan berpakaian wanita.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @az_jimb0 dari rakaman CCTV permis berkenaan.

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan yang lengkap bertudung serta memakai pelitup muka bagi mengaburi identiti dirinya.

@az_jimb0 Area kuantan cubaan merompak gagal. Menyamar pakai tudung. Hati2 guys. Alhamdulillah semua selamat. Tolong viralkan malaun ni. #7elevenmalaysia #fyp #tamanseriinderapura ♬ original sound - Azim Jimbo

Malah, rakaman tersebut juga memaparkan lelaki berkenaan membawa penukul besi sebagai senjata selain meminta pekerja di permis berkenaan memberikan apa yang dia mahukan.

Walau bagaimanapun, rompakan tersebut dikatakan gagal susulan individu tersebut tidak berjaya menyamun apa-apa kerana staf tidak bersendirian ketika itu.

Perkongsian tersebut menjadi perhatian ramai yang rata-rata berseloroh bahawa rompakan tersebut penuh dengan lemah lembut. Namun ada juga yang meluahkan rasa bimbang akan kejadian berkenaan.

Lemah lembut je samun dia

Buat tanpa perancangan ni

7E mana ada duit

Dia bawak 'hammer' je

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen