Kecewa pelajar B40 dihina, kumpulan mahasiswa seru pensyarah dikenakan tatatertib

Tegasnya seorang pendidik tiada tujuan lain hanya ingin mengajar, namun apabila sehingga tahap mengherdik dan merendah-rendahkan kehidupan keluarganya jelas sekali terlalu berlebihan.

Kumpulan Mahasiswa harap ada keadilan

Jadi, tidak hairanlah jika ahli akedemik di sebuah IPTA ini menerima kecaman hebat dari warga netizen selepas videonya tular di semua media sosial.

 

 

 

Mengambil maklum akan insiden yang tular, akaun rasmi kumpulan mahasiswa dalam kenyataannya menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengenakan tindakan tatatertib ke atas pensyarah berkenaan.

Tiada tujuan lain, ianya hanya ingin memberi pengajaran kepada pihak terlibat kerana telah merendah-rendahkan pelajar tersebut di atas ketidakmampuan keluarganya untuk membelikan laptop sebagai keperluan belajar.

Pensyarah hilang jejak

Walaubagaimanapun, sehingga kini tiada kenyataan rasmi dari pihak KPT atau UiTM berhubung insiden berkenaan.

Di samping itu, hasil carian di Facebook juga mendapati pensyarah berpangkat Doktor itu juga tidak dapat dikesan dan difahamkan akaunnya telahpun ditutup.

 

@siyat_9 Syabas netizen malaysia👍🏻 #b40#uitm #prof#fyp #fypシ #malaysia ♬ original sound - Lance tiktok✨(ᴛᴏメ፝֟ɪᴄ)

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen