“Hancur lagi biskut raya aku tahun ni...” – Staf kurier main campak2 ‘parcel’ dalam lori buat netizen geram

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila tiba bulan Ramadan, pastinya semakin sibuk perkhidmatan kurier yang ada di negara ini. Mana tidaknya, pelbagai urusan jual beli yang memerlukan penghantaran akan memerlukan perkhidmatan kurier.

Walau bagaimanapun, segelintir sikap pekerja kurier sangat membimbangkan apabila dilihat mampu merosakkan barang pelanggan mereka.

"Kalau baling macam tu rosak barang pelanggan."

Seperti video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @ameir_zainal ini apabila memaparkan gelagat dua orang pekerja kurier memunggah barang.

Bagaimanapun, cara mereka yang membaling barang-barang tersebut ke dalam lori menjadi perhatian ramai terutama pengguna kurier tersebut.

@ameir_zainal

 

♬ suara asli - FAKTANYAMUSIK

Dalam video tersebut, dapat dilihat barang-barang milik pelanggan dibaling dengan kasar malah ada yang terjatuh yang memungkinkan berlaku kerosakan pada barang berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai rekasi diberikan oleh warganet. Rata-rata mereka meluahkan rasa bimbang akan barang mereka selain meminta untuk memboikot segelintir kurier.

Kerja tu amanah

Harap bos dia nampak

"Patut la customer aku complain"

Macam ni baru cepat siap

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen