“Hadir to suppot.” -Mula berbalas komen, lelaki tak sangka dari TikTok ke jinjang pelamin

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata, kalau dah jodoh pasti akan bertemu juga, itulah yang menggambarkan situasi pertemuan yang tidak disangka-sangka setiap pasangan.

Mula saling berbalas komen.

Seperti dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @aizatzulkipli ini apabila bertemu isterinya bermula dengan saling membalas komen antara satu sama lain di videonya.

Pada awalnya, mereka saling menyokong minat ‘jumprope’ antara satu sama lain sebelum perbualan mereka itu membawa ke arah lebih tertutup menerusi mesej di Instagram.

@aizatzulkipli this is how i met @sha shoogar✨ "from tiktok to jinjang pelamin"#fyp #foryourpage #marriedlife #asalkankaulompat ♬ 다라리 (DARARI) - TREASURE (트레저)

Namun, tanpa disangka hubungan menjadi lebih serius hingga akhirnya mereka mengikat tali pertunangan pada 2021 tahun lalu sebelum disatukan pada 24 Mac tahun ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah selain kagum akan pertemuan dua hati ini.

Patut lama tak nampak

Yang single take note

Tahniah

Kena rajin-rajin komen lepas ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen