Anak berlari peluk ibu lepas menang kes di mahkamah undang sebak –“Mak ni, baik buruk kita sentiasa dia terima.”

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap ibu pastinya lebih mengenali anak-anak mereka, walaupun apa yang dikatakan oleh orang sekeliling namun mereka pasti cukup mengenali anak yang pernah menghuni di rahimnya selama 9 bulan itu.

Sebab itu, dalam apa jua keadaan, ibu-ibu pastinya akan sentiasa memberi sokongan serta semangat agar anaknya terus kuat berjuang dalam hidup mereka.

7 bulan hadap kes di mahkamah.

Seperti yang dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Saharaloyah ini apabila memuat naik momen seorang ibu setia menanti anaknya di ruang menunggu di mahkamah.

Dalam video tersebut, dapat dilihat pemuda tersebut terus berlari ke arah ibunya yang bertongkat selepas kes dimahkamah selesai dengan jayanya.

Pemuda berkenaan turut memaklumkan bahawa enantiannya selama tujuh bulan berhubung satu kes mahkamah menemui penghujungnya sekaligus memeluk ibunya sambil mengucapkan syukur.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui sebak melihat momen dua beranak tersebut selain kagum akan kasih sayang seorang ibu dalam membesar serta menyayangi anak-anak mereka.

Namun, ada juga yang tertanya-tanya kisah sebenar yang berlaki kepada pemuda berkenaan hingga terpaksa berurusan dengan mahkamah.

Baik buruk anak mak tetap ada

Apa kes ni bang?

Tak terhalang doa seorang ibu

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen