"Kemiskinan orang jangan dibuat main.Jaga bahasa." - Fedtri tegur isu pensyarah hina pelajar B40

Oleh: Shasha Zack

Tular di media sosial mengenai sikap seorang tenaga pengajar yang telah merendah-rendahkan salah seorang pelajarnya hingga membuatkan netizen berang.

Difahamkan akibat tiada komputer riba, pensyarah wanita ini difahamkan telah mengeluarkan kata-kata hinaan buat pelajar ini yang hanya menggunakan telefon pintar untuk menghadiri kelas secara atas talian yang dikelolakan.

"Sebabtu aku tak boleh duduk dengan orang B40 ya, diorang lebih fikir pasal lain dari pelajaran..."

Tidak boleh menerima kenyataan pelajarnya menggunakan 'smartphone' pensyarah ini dilihat siap memaki lelai tersebut dan mengatakan bahawa dia sangat tidak berpuas hati dengan golongan B-40 yang disifatkan langsung tidak mengambil berat hal pelajaran.

Meskipun pelajar tersebut telah menjelaskan bawaha dia sudah kehilangan ibu dan bapa pula tidak bekerja, pensyarah ini siap menyuruh kakak pelajar menjual gelang emas demi membeli laptop.

 

@ahmadkashfy

Alhamdulillah lecturers saya prihatin 🥹.

♬ original sound - Kashfy 🧣

"Kemiskinan jangan dibuat mainan dan cercaan. Jaga bahasa dan beri nasihat..."

Susulan tularnya video berkenaan, pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya tampil memberi teguran dan pandangan mengenai isu ini. Jelasnya, sepatutnya hal yang berkaitan dengan keluarga atau menyentuh isu kemiskinan seseorang tidak patut dan sangat sensitif untuk dibahaskan malahan dihina.

Lebih-lebih lagi kata-kata tersebut keluar dari mulut seorang pendidik, Ahmad Fedtri menegaskan seharusnya golongan pendidik lebih bersikap empati dan menegur dengan lebih berhemah selain menjaga bahasa dan tutur kata.

 

@fedtriyahya Reply to @muhdaziqfikri ♬ original sound - Ahmad Fedtri Yahya

Ramai netizen sebak dengan nasib pelajar, setuju kata2 nasihat Fedtri

Ruangan komen dipenuhi dengan pendangan netizen yang sebak mendengar penjelasan pelajar tersebut yang telah ketiadaan ibunya.

Dalam pada itu, ramai yang bersetuju dengan teguran Ahmad Fedtri dan berpendapat sama bahawa pendidik tidak seharusnya bercakap hal-hal yang sangat mengguris hati pelajarnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen