UITM tidak berdiam diri, ambil tindakan pensyarah hina pelajar B40 - Naib Canselor

Oleh: Shasha Zack

Berhubung isu tular melibatkan seorang pensyarah yang didapati telah menghina seorang pelajar B40, Universiti Teknologi Mara (UITM) memaklumkan bahawa pihak mereka akan mengambil tindakan terhadap pensyarah tersebut.

Menerusi laporan Harian Metro, hal ini dinyatakan sendiri oleh Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor apabila mengatakan yang pihaknya kini dalam penelitian termasuk tindakan yang akan diambil terhadap pensyarah berkenaan yang telah memperlekah pelajarnya ketika dalam kelas atas talian.

 

"Dia adalah pensyarah kontrak dan kejadian berikut adalah semester lalu yang baru tular kini..."

Menurut Dr Roziah, pensyarah wanita tersebut merupakan seorang tenaga pengajar yang baik namun tersilap langkah kerana memarahi pelajar berkenaan dengan cara yang tidak sepatutnya.

“Dia adalah pensyarah kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar, Perak dan mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU).”
“Saya difahamkan insiden berkenaan berlaku pada semester lalu bagaimanapun ia baru ditularkan semalam. Isu ini mesti ada perancangan kenapa ia baru dimuatnaik semalam.”
“Bagaimanapun, tindakan akan diambil dan untuk pelajar itu, kita sudah mengesan dan memberikan peralatan yang diperlukan (komputer riba).”

Tindakan akan diambil segera tapi tak dapat dijelaskan terperinci...

Tambah Dr Roziah, asbab pensyarah tersebut merupakan pensyarah kontrak, dia perlu melewati beberapa laluan tertentu sebelum diambil tindakan dan ianya tidak dapat dijelaskan secara terperinci buat masa ini.

Akui berharap yang terbaik untuk pelajar dan seluruh komuniti di UITM, Dr Roziah berharap semua pihak bertimbang rasa terhadap segala bentuk tindakan yang ingin dilakukan.

“Tindakan akan diambil tetapi saya tidak boleh jelaskan di sini. Dia adalah pensyarah kontrak dan ada laluan sebelum tindakan diambil.”
“Semua pensyarah UiTM mahukan yang terbaik untuk pelajar-pelajar mereka dan saya harap orang ramai dapat bertimbang rasa terhadap staf dan pelajar saya.” 

Roziah Janor TNC baru UiTM

 

Video Penuh:

Terdahulu, seorang pensyarah wanita telah menghina dan memperlekeh pelajar B40 yang dipercayai tidak mempunyai komputer dan hanya menggunkaan telefon pintar untuk menghadiri kelas atas talian yang dikelolakannya.

Susulan video yang tular, ramai netizen yang marah bercampur sayu akibat kata-kata yang dilontarkan pensyarah berkenaan disifatkan sangat kejam dan tidak sensitif. 

@ahmadkashfy

Alhamdulillah lecturers saya prihatin 🥹.

♬ original sound - Kashfy 🧣

 
 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen