Malas nak terangkan, lelaki angguk je orang ingatkan suami kakak waktu bawa 'checkup'

Percaya atau tidak, bahawa kematangan seorang lelaki itu boleh dilihat melalui muka serta perwatakannya.

Bertuah jadi lelaki matang ni kerana mereka menjadi buruan para gadis di luar sana.

"Hakikatnya saya single..."

Walaubagaimanapun, ia mungkin akan mengelirukan pihak yang mungkin tidak mengenali mereka seperti insiden yang menimpa pemuda ini.

Dia yang menggunakan nama Wawan ada berkongsi kisah ringkas sewaktu membawa kakak dan bayinya membuat pemeriksaan susulan (checkup).

 

 

@wawan22zakwan Hakikatnya saya single🥲#fyp #foryoupage #budakbaik #masihmuda🤭🤭🤭 ♬ Manis Tapi Bukan Gula - Original Mix - Mellyyanox

 

Dalam sorotan itu, dia memaklumkan bahawa staf yang berada di klinik kesihatan itu melihat dia seperti suami kepada kakaknya sendiri.

Memandangkan dia enggan memanjangkan cerita, tidak semena-mena terpaksa bergelar suami di usia muda sekaligus bagi mengiakan tekaan warga klinik di situ.

"Pernah kena macam ni..."

Menjengah pula ke ruangan komen, nampaknya insiden itu juga pernah menimpa mereka di luar sana.

 

"Boleh praktis bang"

"Nurse marah tak buat family planning"

Lebih tragis, ada yang pernah menjadi mangsa leteran jururawat kerana tidak membuat 'family planning'.

Demikian susulan melihat budak yang dibawa sewaktu 'checkup' itu disangkanya anak, sedangkan dia adalah anak saudara.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen