"Saya doakan saudara dapat pembelaan terbaik." - Syed Saddiq jawab salam Yassin

Oleh: Shasha Zack

Penyanyi nasyid dan komposer terkenal, Yassin Sulaiman telah berdepan pertuduhan menanam 17 pokok ganja dan mengedar dadah jenis sama.

Yasin tiba di mahkamah untuk didakwa [METROTV]

"Sampaikan salam buat Syed Saddiq, minta kelulusan penggunaan kanabis..."

Susulan itu, semasa penahanannya, dia telah 'mengirim salam' buat Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq berhubung isu kebenaran penggunaan kanabis untuk perubatan di Parlimen.

 

"Saya doakan saudara dapat pembelaan yang terbaik..."

Ekoran 'kiriman salam' yang diterima, YB Syed Saddiq telah mengeluarkan kenyataan dan menjawab salam yang dihulurkan penyanyi tersebut.

Beberapa hujah dan pendirian diutarakan daan dimuat naik di Facebook beliau berhubung isu kanabis dalam perubatan di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, beluau turut berkongsi video ucapannya bagi membahaskan isu tersebut di dewan parlimen pada Oktober tahun lalu

Hanya sentuh isu penggunaan kanabis atau ganja untuk perubatan

Dalam posting di Facebook pula, YB Syed Saddiq menegaskan beliau tidak ikut campur mengenai penahanan selebriti tersebut memandangkan kes sedang berjalan di mahkamah.

Beliau turut menegaskan, isu penggunaan ganja dan kanabis yang disebut sebelum ini hanyalah untuk tujuan perubatan.

 

 

Isu sensitif, dapat pelbagai reaksi dari netizen

Susulan respons yang dikeluarkan, ianya mendapat pelbagai reaksi dan maklum balas dari netizen memandangkan ianya merupakan satu isu sensitif.

Namun begitu, penggunaan kanabis dan ganja sememangnya merupakan bahan terlarang di Malaysia dan mana-mana tindakan yang berkait rapat dengannya boleh dikenakan hukuman berat.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen