Lagu Negaraku berkumandang, sambut kepulangan rakyat Malaysia di sempadan Singapura

Selepas dua tahun penantian, saat yang ditunggu-tunggu telahpun tiba apabila rakyat Malaysia yang berada di Singapura dibenarkan pulang semula ke tanah air (Malaysia) selepas pembukaan sempadan dua buah negara itu mulai 1 April, semalam.

@msdrbydanielshukor Welcome back malaysian #bordersingapore #singaporeborder ♬ Late Night Vibe - Rude Boy

 

Lagu Negaraku berkumandang

Lantaran itu, media sosial terus dibanjiri dengan perkongsian gambar dan video menyaksikan 'moment' mereka merentasi sempadan dengan pelbagai gelagat.

Seperti yang dimuat naik oleh portal Bernama, memaparkan situasi di sekitar kawasan Tambak, Johor.

 

 

 

Difahamkan, video tersebut dirakam sewaktu masing-masing sedang menunggu sempadan dibuka pada jam tepat 12 tengah malam.

Walaubagaimanapun, kemeriahan tersebut diiringi dengan rasa sebak bilamana mereka berpakat menyanyikan lagu kebangsaan iaitu lagu Negaraku secara beramai-ramai.

"Syahdunya tengok kepulangan diaorang"

Meskipun tiada bersama mereka, namun perasaan sayu turut dirasai oleh kebanyakkan rakyat Malaysia ketika itu.

"Selamat pulang, anak perantau"

"Dapat sambut puasa dengan keluarga"

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen