Anak-anak adalah penghibur buat ibu bapa, walaupun tak dinafikan adakalanya gelagat mereka mampu membuatkan kita geleng kepala.
Namun, perlu kita tahu bahawa dunia ini adalah baru buat anak-anak dan mereka lebih gemar meneroka dengan mencuba sesuatu yang baharu.
Dapur banjir dengan air Coway
Pun begitu, siapa sangka kebebasan yang diberikan oleh sang ibu ini akhirnya bertukar kejadian lain pula.
@terataiputih bila cucu² beraksi...😆🤣sabo je lah nenekðŸ˜ðŸ˜
♬ original sound - ælya
Dalam sorotan itu, kelihatan kedua-dua orang anaknya seronok bermain air di ruang dapur sehingga basah lencun lantai dapur rumah nenek mereka yang diperbuat daripada papan.
Lebih mencuit hati, air yang digunakan mereka adalah bersumberkan air mesin Coway yang diletakkan di dapur rumah itu.
Nampak nenek cuci guna air Coway
Menurut pemilik akaun, sebelum kejadian kedua-duanya telah memecahkan buah tembikai dan telah dibersihkan oleh nenek dengan menggunakan air Coway.
Tetapi tidak menyangka, tindakan tersebut ditiru pula oleh cucu-cucunya malah, sungguh tragis apabila mereka menyalahgunakan mesin air itu.
"Tanpa rasa bersalah"
Susulan peristiwa, ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai respon yang rata-ratanya ikut terhibur melihat gelagat kedua-dua orang budak bertuah itu.
Tinggalkan Komen