Serba serbi lambat, netizen perli cara anggota polis wanita 'training'? -"Macam tengok sukaneka..."

Semua sedia tahu bahawa peranan sebagai anggota polis ini antara unit terpenting demi memastikan keselamatan dan keamanan dalam sesebuah negara daripada ancaman luar dan sebarang jenayah.

Justeru itu, sebelum memasuki unit tersebut, individu pula menjalani beberapa proses terlebih dahulu bagi memastikan kelayakan mereka diluluskan dengan mengambil kira beberapa aspek.

"Macam ni ke tangkap orang?"

Jadi, tidak hairanlah jika wanita ini menerima kritikan hebat daripada warganet selepas memuat naik video latihan menembaknya di laman Tiktok.

 

 

Menerusi sorotan berdurasi 1 minit 28 saat itu, menyaksikan sesi latihannya bergerak dengan agak perlahan dari awal hingga selesai.

Walau bagaimanapun, akaun sebenar pemilik video tersebut telahpun ditukarkan kepada mode 'private' yang mana hanya pengikutnya sahaja boleh mengakses masuk melihat setiap video terbaharunya.

"Macam mana lah boleh lepas?"

Hal itu menyebabkan ramai mempertikai prosedur untuk menyertai latihan polis, walhal rata-ratanya tahu bahawa kecergasan fizikal pastinya penting sepanjang tempoh latihan nanti.

 

"Suruh merangkak macam sayang baju"

"Ini training gerak khas..."

 

"Tembak dia tepat" 

Dalam waktu sama, tak kurang juga yang memuji cara tembakannya yang tepat dan tak mengecewakan walaupun pergerakannya memang tak dinafikan perlahan dan adakalanya terlihat seperti takut dengan padang.

 

"Bukan senang kena target"

 

Ada masalah lutut

Pun begitu, ada beberapa individu tampil memaklumkan bahawa anggota terbabit mengalami masalah lutut sekaligus menyebabkan pergerakannya terbatas.

 

 

"Sebab tu susah gerak..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen