Mengeluh pelanggan makan tak habis, netizen pula 'basuh' staf bufet. -"Korang tak bagi bungkus!"

Setiap kali bercerita tentang hidangan bufet, memang tak lari dengan mentaliti kita bahawa ia akan membawa ke arah pembaziran.

Bagi yang pernah mencuba hidangan secara bufet, pasti tahu asbab kenapa orang ramai berkata yang demikian.

Staf mengeluh makanan banyak tak habis

Meninjau perkongsian salah seorang staf mengendalikan hidangan bufet, menyaksikan lambakan makanan yang tidak habis, bahkan ada juga yang belum sempat dijamah memenuhi atas meja.

 

@foodclucture

Amede korg ni,xreti xnk amek sikit2 ke?

♬ original sound - ikhlas demi kebahagian

 

Hal itu menyebabkan dia merungut sambil meluahkan kekesalannya terhadap perangai segelintir pelanggan yang menurutnya pentingkan diri sendiri, walhal boleh sahaja mengambil ikut keperluan.

"Macam baru kerja je dia ni"

Namun begitu, siapa sangka rupanya hantaran yang dimuat naik hanya meninggalkan kritikan dan kecaman sahaja oleh warganet sehingga ada mendakwa dirinya 'budak baru'.

"Diaorang tak bagi bungkus masalahnya"

Menurut pengalaman mereka, kebanyakan hotel yang menyediakan hidangan bufet memang tak membenarkan pelanggan membungkus lebihan makanan yang dihidang, walaupun ianya sudah dibayar.

"Staf sendiri pun tak boleh bungkus"

 

"Bawa bekas siap2"

 

 

"Mesti ada sebab tak habis"

Dalam pada itu, ada juga beranggapan bahawa hidangan yang dimasak mungkin tidak menepati citarasa mereka dan akhirnya terjadilah pembaziran secara terus menerus.

"Biasanya tak sedap"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen