"33 tahun dah smackdown 9 tahun!" -Wanita sedih lihat anak buah jadi mangsa baran

Semalam kita telah dikejutkan dengan satu insiden berdarah melibatkan seorang murid tahun tiga apabila dia mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul bapa rakannya.

Lelaki pukul murid tahun 3 belum ditahan

Mengikuti perkembangan semasanya, seorang pengguna Twitter dengan menggunakan nama Anna memaklumkan bahawa lelaki berkenaan masih belum ditahan selepas laporan polis dibuat.

 

 

 

Selain itu, dia juga akui terkilan dengan nasib yang menimpa anak buahnya yang masih kecil tetapi diperlakukan sebegitu, walhal pertelingkahan yang berlaku sebelum kejadian boleh diselesaikan secara baik.

"Anak buah saya bukan pembuli"

Bukan itu sahaja, Anna juga tegas menafikan dakwaan orang ramai bahawa anak buahnya adalah seorang pembuli.

Jika benar perangai anak buahnya seperti yang diperkatakan ramai, pasti pihak sekolah telah memaklumkan perkara itu dari dulu lagi bagi membendung perangainya.

"Ni anak buah saya, ada kata anak buah pembuli, tak ada aduan dari pihak sekolah mahupun ibu bapa lain kata anak buah saya pembuli."

 

Untuk makluman, kejadian yang berlaku sekitar jam 1 petang semalam dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan rakannya.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa telah bermain sebelum bergaduh dengan rakan sekelasnya di luar pagar sekolah. Mangsa dikatakan telah menampar rakan sekelasnya itu.

Namun begitu, apabila bapa rakannya datang, rakan mangsa mengadu telah mengadu di ditampar menyebabkan sang bapa berang dan akhirnya bertindak mencederakan mangsa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen