"Hina ke jadi miskin?"- Tuduh lagu Sesuci Lebaran toksik, netizen serang lelaki 'acah' pandai

Oleh: Shasha Zack

Lagu penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Sesuci lebaran yang telah bertapak dalam industri sejak 20 tahun lalu masih menjadi kegilaan rakyat Malaysia dalam memeriahkan hari raya.

Walaubagaimanapun, tular satu video menunjukkan seorang lelaki yang berpendapat bahawa lagu ini penuh dengan lirik yang toksik, hingga dia diserang para netizen.

Tuduh lagu Sesuci Lebaran penuh toksik, tak puas hati maksud lirik 'miskin  hina'... Warga Twitter 'sekolahkan' TikToker tunjuk pandai - Viral | mStar

"Hina ke jadi miskin? Aku sorang je ke rasa lagu ni toksik?.."

Perkongsian asal menunjukkan empunya video yang merekod 'reaction'nya ketika mendengar lagu Sesuci Lebaran dengan berpendapat bahawa lagu tersebut toksik kerana dianggap penghinaan kepada golongan 'miskin hina' seperti dalam lirik.

Walaubagaimanapun, empunya video telah memadamnya namun sempat dirakam dan dimuat naik di Twitter hingga ramai yang menyerang dan mengecamnya.

Image

"Sila masuk sekolah semula."

Susulan tularnya video tersebut, para netizen dilihat sangat marah dan mengecam lelaki berkenaan.

Ada yang berkata dia hanya inginkan perhatian dengan menyatakan pandangan tersebut namun sebaliknya menerima kecaman kerana kata-kata yang lahir tidak difikir dahulu..

"Sekilas ikan di air tahu jantan betina..."

"Takde istilah lirik lagu toksik..."

"Yang toksik tu kau, saje nak perhatian kan..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen